Sunday, August 5, 2007

sejarah sekolah



SK BBB telah ditubuhkan pada 11 April 1981 dan beroperasi secara rasmi pada 2 Mei 1981 dengan satu blok, 8 bilik darjah dan sebuah kantin. Pada masa itu hanya terdapat 177 orang murid dan 8 orang guru daripada tahun 1 hingga tahun 4 sahaja. Encik Abdul Majid bin Abd. Wahid terpilih menjadi Guru Besar yang pertama.
Pada Tahun 1982, kelas tahun 6 telah dibuka. Kumpulan pelajar pertama yang menduduki Penilaian Darjah 5 memberi keputusannya amat membanggakan. Seramai 17 orang pelajar mendapat 5A.
Pada April 1982 PIBG telah ditubuhkan . Dr. Mohd. Khalid B. Mohd Noor menjadi YDP yang pertama. Semasa kepimpinan guru besar yang Ke-2 iaitu En. Abdul Manap b. Ahmad, 2 blok bangunan yang mengandungi 16 buah bilik darjah telah dibina. SKBBB telah dinaikkan ke “Gred A” semasa Guru Besar yang Ke-3 iaitu Tn. Hj. Hamzah Maamur b. Sulaiman.
Tahun 1991, 4 buah lagi bilik darjah telah ditambah. Bilangan murid pada masa itu meningkat seramai 2150, 81 orang guru serta 6 orang kakitangan sokongan. Pada tahun 1994, sebanyak 6 bilik darjah lagi ditambah.
Keputusan UPSR pada tahun 1995, amat membanggakan. 144 orang calonnya telah mendapat 5A. Awal tahun 1996, 1000 orang murid telah dipindahkan ke sekolah yang baru dibuka iaitu SK Jalan 3, BBB menjadikan kepadatan SKBBB agak selesa.
Pada masa ini bilangan murid adalah seramai 1367 orang. Sekolah telah diengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti Makmal Sains, bengkel KH, Bilik Muzik, Bilik Pemulihan, Makmal Komputer, Pusat Sumber dan Surau. Bilangan guru seramai 72 orang dan 6 orang staf sokongan. SKBBB kini telah meraih banyak anugerah diperingkat Daerah. Pada tahun 2005 sebanyak lapan Anugerah tertinggi telah dirangkul.dan 7 anugerah pada tahun 2006.
Keunggulan SKBBB terbukti apabila terpilih menerima Anugerah Sekolah Mithali Tabung Haji 2005 dan terpilih mewakili N.Selangor ke Pertandingan Sekolah Harapan Negara 2005 Peringkat Kebangsaan dan Naib Johan Sekolah Harapan Negara pada tahun 2006. SKBBB juga telah mewakili daerah ke pertandingan 3K peringkat Negeri Selangor pada Tahun 2006.